Jumaat, 15 Februari 2019 | 9:17pm
SEMPADAN Mexico - Amerika Syarikat. - Foto AFP

Trump isytihar darurat untuk tembok sempadan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka mengisytiharkan darurat di sempadan Mexico, hari ini, dalam usaha mendapatkan dana bagi pembinaan tembok sempadan tanpa kelulusan Kongres.

Bagaimanapun, pembuat dasar Demokrat berjanji akan mencabar pengisytiharan itu di mahkamah kerana berhujah ia bertentangan dengan perlembagaan AS.

Trump juga dijangka menandatangani rang undang-undang perbelanjaan kerajaan yang diluluskan Kongres, hari ini, ia akan mengelak satu lagi penutupan kerajaan persekutuan dengan menampung operasi beberapa agensi yang jika tidak akan ditutup pagi esok.

Presiden Republikan itu dijadualkan memberi kenyataan beliau mengenai isu itu pada jam 10.00 pagi waktu tempatan di Rose Garden, Rumah Putih.

Rang undang-undang itu adalah kekalahan bagi Trump di Kongres, ia tidak memperuntukkan cukup dana AS$5.7 bilion (RM23.27 bilion) untuk tembok sempadan beliau.

Difahamkan, strategi Trump untuk mendapat dana menerusi pengisytiharan darurat turut dipersoal beberapa pembuat dasar Republikan sendiri. - Reuters

Berita Harian X