Ahad, 24 Februari 2019 | 9:56pm
Pesawat Atlas Air Flight 3591 sedang dalam perjalanan ke Houston dari Miami dilaporkan terputus hubungan sebelum gagal dikesan. - Foto fail
Pesawat Atlas Air Flight 3591 sedang dalam perjalanan ke Houston dari Miami dilaporkan terputus hubungan sebelum gagal dikesan. - Foto fail

Tiga dikhuatiri maut pesawat terhempas

NEW YORK: Tiga anak kapal pesawat kargo Boeing 767 dikhuatiri terbunuh selepas pesawat itu terhempas di sebuah teluk berhampiran Lapangan Terbang Intercontinental George Bush semalam, kata polis dan pegawai.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menerusi kenyataan, pesawat Atlas Air Flight 3591 sedang dalam perjalanan ke Houston dari Miami dilaporkan terputus hubungan sebelum gagal dikesan sejauh 48 kilometer di tenggara lapangan itu.

Bagaimanapun pihak berkuasa memberitahu media, mereka mengesyaki tiada mangsa yang terselamat dalam insiden terbabit.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) yang akan bertanggungjawab menyiasat insiden itu berkata penyiasat FAA sedang dalam perjalanan ke lokasi itu.

Sementara itu, pejabat Sheriff Chambers County menerusi laman Facebook berkata, pesawat terbabit terhempas di sekitar Jack's Pocket yang terletak di hujung utara Teluk Trinity berhampiran dengan bandar Anahuac, dekat sini. - Reuters

Berita Harian X