Rabu, 1 Mei 2019 | 4:05pm
JAIR Bolsonaro. - Foto Reuters
JAIR Bolsonaro. - Foto Reuters

25 orang tentera Venezuela mohon suaka Brazil

BRASÍLIA: Sekurang-kurangnya 25 orang tentera Venezuela memohon suaka di kedutaan Brazil di Caracas, kata seorang pegawai kanan Brazil, selepas presiden Juan Guaido mendakwa tentera memihak kepada pentadbirannya.

Jurucakap Presiden Brazil, Jair Bolsonaro berkata antara tentera ada dalam kalangan mereka yang berpangkat leftenan mengemukakan permohonan.

Petisyen suaka dikemukakan susulan Bolsonaro menarik sokongan terhadap Presiden Nicolas Maduro yang dicabar Guaido.

“Brazil bersama penduduk Venezuela, Presiden Juan Guaido dan kebebasan rakyat Venezuela. Kami menyokong kebebasan negara jiran untuk menghidupkan demokrasi sebenar,” tulis Bolsonaro menerusi beberapa siri Twitter.

Menteri Luar Brazil, Ernesto Araujo mengulangi sokongan Brazil untuk ‘peralihan demokrasi’ dan menyatakan harapan bahawa tentera Venezuela adalah sebahagian daripada proses ini.

Brazil adalah antara lebih daripada 50 negara yang mengiktiraf Guaido sebagai presiden sementara Venezuela.

Percubaan yang dirancang teliti oleh Guaido untuk menunjukkan sokongan ketenteraan yang semakin memuncak sejak semalam.

Bagaimanapun, ia gagal apabila rusuhan tercetus di ibu negara Venezuela. - AFP

Berita Harian X