Jumaat, 17 Mei 2019 | 10:44am
jJet pejuang F-16 terhempas di sebuah gudang mengakibatkan berlubang di luar Pangkalan Simpanan Udara March, California Selatan. - Foto KNBC

Jet F-16 terhempas di atas gudang, juruterbang selamat

LOS ANGELES: Jet pejuang F-16 yang melakukan latihan rutin terhempas ke atas sebuah gudang di luar Pangkalan Simpanan Udara March di California Selatan semalam, tetapi juruterbang berjaya melonjak keluar dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Akhbar Los Angeles Times, memetik kenyataan pegawai bomba, melaporkan nahas menyebabkan kebakaran kecil, dan gambar kemalangan di lokasi kejadian disiarkan di stesen televisyen KCAL-TV menunjukkan lubang pada bumbung bangunan itu.

Jet itu terhempas kira-kira jam 3.30 petang ke atas gudang di hujung landasan, kata jurucakap Mejar Perry Covington.

“Juruterbang melonjak keluar dan beliau selamat, tiada kecederaan lain buat masa ini,” katanya, menambah beliau tidak percaya ada orang lain di dalam gudang itu ketika nahas berlaku. — Reuters

Berita Harian X