Khamis, 27 Jun 2019 | 11:49am
GAMBAR fail, penyanyi Madonna bercakap pada penonton selepas menerima anugerah ‘Avocate fo Change’ semasa majlis anugerah GLAAD tahunan ke-30 di New York City, New York pada Mei lalu. - Foto REUTERS
GAMBAR fail, penyanyi Madonna bercakap pada penonton selepas menerima anugerah ‘Avocate fo Change’ semasa majlis anugerah GLAAD tahunan ke-30 di New York City, New York pada Mei lalu. - Foto REUTERS

Madonna bersuara isu keganasan senjata dalam video muzik

LOS ANGELES: Penyanyi Madonna turut mengambil bahagian dalam dalam perbahasan keganasan senjata semalam dengan video muzik mengandungi grafik kes tembakan beramai-ramai.

Bertajuk ‘God Control’, lagu berentak disko dan video memaparkan penembak melepaskan tembakan dalam kelab malam atau penuh sesak dan imej pelakon yang memegang watak penari jatuh ke lantai dengan penuh darah atau cuba melarikan diri.

Mesej sebelum video disiarkan berbunyi: ‘Kisah yang bakal anda saksinya amat mengganggu. Ia menunjukkan adegan grafik keganasan senjata. Namun ia berlaku setiap hari. Dan ia perlu dihentikan.’

“Kita perlu sedar,” Madonna menyanyi.

Video itu menggunakan rakaman televisyen penunjuk perasaan menggesa kawalan senjata lebih ketat, termasuk perarakan ‘March For Our Lives’ di Washington dan bandar raya lain pada 2018.

Walaupun video muzik itu tidak merujuk kepada mana-mana kejadian, ia mengingatkan semula kes tembakan pada Jun 2016 dalam kelab malam gay Pulse di Florida, yang meragut 49 nyawa dan 53 cedera.

Madonna, 60, berkata video itu direka untuk mengejutkan.

“Melihat realiti, dan kekejaman sesuatu membuatkan anda sedar.

“Ia benar-benar berlaku. Ia kelihatan seperti ini. Tidakkah ia membuatkan anda berasa teruk?

“Bagus, kerana selepas itu mungkin anda akan melakukan sesuatu mengenainya,” kata penyanyi itu.

Amerika Syarikat menyaksikan ratusan kes tembakan di sekolah, tempat kerja, rumah ibadat dan tempat awam sejak beberapa tahun ini selepas undang-undang kawalan senjata lebih ketat sukar di luluskan di Kongres.

Video itu sudah ditonton 360,000 kali di YouTube dalam masa dua jam selepas ia disiarkan. — Reuters

Berita Harian X