Isnin, 1 Julai 2019 | 10:11am
Seramai 10 penumpang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Lapangan Terbang Addison, Texas. Foto Agensi
Seramai 10 penumpang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Lapangan Terbang Addison, Texas. Foto Agensi

10 disahkan maut dalam nahas pesawat di Texas

DALLAS: Kesemua 10 penumpang sebuah pesawat ringan yang terhempas ketika cuba berlepas dari Lapangan Terbang Addison, Texas di sini, disahkan terbunuh.

Timbalan Pengarah Lapangan Terbang Addison, Darci Neuzil, berkata pesawat dua enjin, jenis Beechcarft BE-350 milik King Air itu terbakar, sebaik sahaja terhempas di atas sebuah tempat menyimpan pesawat di lapangan terbang terbabit.

“Pesawat malang itu dijadualkan berlepas ke Florida dan tiada kecederaan dilaporkan membabitkan kakitangan lain,” kata Neuzil.

Katanya, pasukan penyiasat dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dijangka tiba ke lokasi kejadian lewat, hari ini.

Maklumat lanjut berhubung keadaan sebenar nahas itu juga belum diketahui. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X