Jumaat, 12 Julai 2019 | 4:07pm
PENYANYI R Kelly. - Foto Reuters
PENYANYI R Kelly. - Foto Reuters

R Kelly ditangkap kes pornografi kanak-kanak

WASHINGTON: Penyanyi R Kelly ditahan atas tuduhan pornografi kanak-kanak dan beberapa dakwaan lain, lapor akhbar New York Times, dalam siasatan jenayah terbaru ke atas bintang R&B itu.

R Kelly, 52, atau nama sebenarnya, Robert Kelly, ditahan ejen persekutuan di Chicago lewat semalam, lapor akhbar itu.

Pendakwa persekutuan mengeluarkan 13 pendakwaan ke atasnya, termasuk menggoda golongan bawah umur dan menghalang keadilan.

Kelly didakwa melakukan pencabulan sejak berdekad lalu, terutama membabitkan gadis bawah umur.

Beliau dibebaskan dalam perbicaraan pornografi kanak-kanak sedekad lalu, dan mempunyai ramai peminat setia dan meneruskan persembahan.

Menjelang penangkapan semalam, Kelly diikat jamin dalam beberapa tuduhan di Chicago, termasuk lima tuduhan serangan seksual.

Jika disabitkan tuduhan paling serius dalam kes itu, Kelly berhadapan hukuman mandatori enam hingga 30 tahun penjara untuk setiap tuduhan.

Berita Harian X