Sabtu, 24 Ogos 2019 | 12:36am
Penunjuk perasaan menyertai demonstrasi di luar kedutaan Brazil di pusat London menyeru Brazil bertindak untuk melindungi hutan hujan Amazon dari penebangan hutan dan kebakaran. - Foto AFP
Penunjuk perasaan menyertai demonstrasi di luar kedutaan Brazil di pusat London menyeru Brazil bertindak untuk melindungi hutan hujan Amazon dari penebangan hutan dan kebakaran. - Foto AFP

Aktivis Eropah tunjuk perasaan kebakaran hutan Amazon

LONDON: Aktivis perubahan iklim mengadakan tunjuk perasaan di luar kedutaan Brazil di London, semalam, untuk menggesa Presiden Jair Bolsonaro meningkatkan usaha menghentikan kebakaran di hutan hujan Amazon.

Tunjuk perasaan itu diadakan, ketika Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyifatkan kebakaran itu sebagai ‘krisis antarabangsa’, sebelum persidangan G7 di Perancis, hujung minggu ini.

“Kebakaran yang memusnahkan hutan hujan Amazon bukan sahaja menyedihkan, ia adalah krisis antarabangsa.

“Kami bersedia memberikan apa juga bantuan yang termampu untuk mengawal kebakaran ini dan melindungi salah satu keajaiban dunia,” kata Johnson.

Ratusan orang berhimpun di depan kedutaan Brazil di London sambil memegang sepanduk tertulis ‘Hentikan Pemusnahan Sekarang’, ‘ Selamatkan Planet Kita’ dan ‘Saya Mahu Kamu Panik’.

“Kami mahu melakukan sesuatu bersama rakyat Brazil. Kami juga ada anak-anak dan mahu mereka membesar dalam dunia yang mempunyai paru-paru,” kata guru bahawa Inggeris, Luisa Steward, 36. - AFP

Berita Harian X