Isnin, 7 Oktober 2019 | 7:43am
JIMMY Carter

Carter jatuh, dahi berjahit

WASHINGTON DC: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter, 95, terjatuh di rumahnya di Plains, Georgia, tetapi ‘sihat’ dan berupaya menghadiri majlis Habitat for Humanity di Nashville, Tennessee, yang diadakan pagi ini waktu AS.

Ia menyebabkan Carter terpaksa dijahit beberapa jarum di dahi, kata jurucakapnya, Deanna Congileo, dalam emel kepada wartawan.

“Katanya, beliau tidak apa-apa dan mahu semua orang tahu mereka suami isteri tidak sabar mahu menghadiri Projek Kerja Jimmy dan Rosalyn Carter, Habitat for Humanity di Nashville, Tennessee,” kata Congileo.

Carter, anggota Democrat yang menjadi gabenor Georgia dari 1971 hingga 1975, dilantik sebagai presiden pada 1976 dan berkhidmat selama sepenggal di Rumah Putih.

Beliau kalah bagi pemilihan semula pada 1980 kepada bekas Presiden Ronald Reagan.

Sejak meninggalkan jawatan itu, Carter menerima pujian antarabangsa kerana kerja kemanusiaannya.

Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada 2002. — Reuters

Berita Harian X