Sabtu, 19 Oktober 2019 | 9:10am
Penunjuk perasaan membakar pintu masuk ke stesen kereta api bawah tanah Santa Lucia di Santiago. Foto AFP
Penunjuk perasaan membakar pintu masuk ke stesen kereta api bawah tanah Santa Lucia di Santiago. Foto AFP

Operasi kereta api dihenti susulan protes di Chile

SANTIAGO: Pihak berkuasa Chile menghentikan operasi sistem metro di sini, semalam, selepas peserta demonstrasi membantah kenaikan harga tambang dengan hingga mengakibatkan beberapa hentian kereta api bawah tanah mengalami kerosakan teruk.

Menurut saksi, imej yang dimuat naik di media sosial dan rakaman televisyen, penunjuk perasaan menyalakan api di pintu masuk beberapa stesen, membakar bas awam dan merosak pintu mekanikal di stesen kereta api.

Ribuan lagi penunjuk perasaan menyertai demonstrasi itu, termasuk menghalang laluan trafik di sini.

Pihak pengendali perkhidmatan Metro berkata, sistem itu akan ditutup sepanjang hujung minggu ini, akibat kemusnahan teruk yang menyukarkan ia beroperasi dengan baik.

“Ia adalah satu perkara yang ingin dinyatakan, tetapi apa yang kita perhatikan ia adalah vandalisme.

“Ia bukan protes tetapi ia adalah jenayah,” kata Presiden Sebastian Pinera kepada stesen radio kebangsaan, Radio Agricultural.

Pelajar universiti dan sekolah menengah mengadakan protes, selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga tambang sebanyak AS$1.17 (RM4.89), pada 6 Oktober lalu, susulan kos bahan api dan mata wang peso yang lemah. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X