Khamis, 31 Oktober 2019 | 8:26am
GAMBAR udara hitam dan putih, samar dan sulit sulit serbuan Sabtu lalu menunjukkan operasi pasukan khas AS mendekati lokasi dan pesawat menembak militan berhampiran. - Foto Reuters
GAMBAR udara hitam dan putih, samar dan sulit sulit serbuan Sabtu lalu menunjukkan operasi pasukan khas AS mendekati lokasi dan pesawat menembak militan berhampiran. - Foto Reuters

AS siar video serangan bunuh ketua Daesh

WASHINGTON: Pentagon, hari ini menyiarkan imej pertama serbuan komando hujung minggu lalu di Syria yang membawa kepada kematian pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi.

AS juga memberi amaran kumpulan militan mungkin cuba melancarkan serangan balas.

Gambar udara hitam dan putih, samar dan sulit sulit serbuan Sabtu lalu menunjukkan operasi pasukan khas AS mendekati lokasi dan pesawat menembak militan berhampiran.

Video paling dramatik itu menunjukkan asap tebal dan hitam kelihatan dari tanah selepas letupan bom meranapkan struktur itu.

ASAP tebal dan hitam kelihatan dari tanah selepas letupan bom. - Foto Reuters
ASAP tebal dan hitam kelihatan dari tanah selepas letupan bom. - Foto Reuters

“Ia amat kelihatan seperti tempat letak kenderaan dengan lubang besar,” kata komander di Pusat Pemerintah AS, Jeneral Marin Kenneth McKenzie.

McKenzie, ketika memberi taklimat kepada wartawan, berkata idea memusnahkan bangunan itu adalah yang paling dalam serangan bagi memastikan ia tidak dijadikan kawasan suci.

“Ia cuma sekadar kawasan tanah biasa,” katanya.

Al-Baghdadi meninggal dunia dengan meletupkan ves bunuh diri yang dipakai ketika melarikan diri ke dalam terowong ketika pasukan elit AS semakin mendekatinya.

McKenzie berkata, dia membawa dua kanak-kanak ke dalam terowong itu, bukan tiga, dipercayai berusia bawah 12 tahun dan kedua-duanya turut terbunuh.

Beliau menggambarkan al-Baghdadi sebagai terpinggir di kubunya di Syria, cuma 6.4 kilometer dari sempadan Turki, berkata anggota kumpulan militan lain berhampiran tidak mengetahui di mana dia berada. — Reuters

Berita Harian X