Isnin, 11 November 2019 | 9:38am
LAGENDA muzik Kanada, Neil Young.

Neil Young mahu undi Donald Trump

MONTREAL: Lagenda muzik Kanada, Neil Young mengakui sudah memohon kerakyatan Amerika Syarikat (AS) untuk melayakkannya mengundi tahun depan, namun penggunaan ganja menyulitkan proses itu.

Young, 73 berkata di laman web, beliau sudah lulus ujian kerakyatan dan menjawab semua soalan yang diberikan dengan jujur.

Pada April lalu, pihak berkuasa AS berkata, mereka yang memohon kerakyatan perlulah seorang yang bebas daripada penggunaan ganja dan sebarang aktiviti yang berkaitan dengannya, walaupun penggunaan itu sah di negara asal atau tempat pemohon bermastautin, kata penyanyi dan komposer terkenal itu.

“Saya berharap akan dapat mengundi untuk Donald J Trump dan barisan calon partinya yang bakal diumumkan tidak lama lagi,” katanya.

Tahun lalu, Young memberitahu Trump untuk berhenti menggunakan lagu klasik 1989 berjudul ‘Rockin the Free World’ di kempen pilihan raya beliau.

Penyanyi yang pernah menghasilkan 40 album ini baharu saja melancarkan album terkininya berjudul ‘Colorado’ pada Oktober lalu. - AFP

Berita Harian X