Selasa, 12 November 2019 | 8:00am
Menteri Luar Mexico, Marcelo Ebrard pada sidang media di Mexico City, semalam. Foto AFP

Bekas Presiden Bolivia dapat suaka politik dari Mexico

MEXICO CITY: Mexico mengumumkan pemberian suaka kepada bekas Presiden Bolivia, Evo Morales, semalam, selepas pemimpin itu meninggalkan negaranya, susulan bantahan besar-besaran sejak memenangi pilihan raya pada Oktober lalu.

“Beberapa minit lalu, saya menerima panggilan telefon daripada (bekas) Presiden Evo Morales.

“Beliau menerima tawaran kita secara lisan dan secara rasmi sudah memohon suaka politik di negara ini.

“Justeru, Kementerian Luar Mexico selepas berunding dengan Menteri Dalam Negeri, Olga Sanchez Cordero memutuskan untuk memberi suaka kepada beliau (Morales) atas alasan kemanusiaan.

“Lagipun, kehidupan dan integriti fizikal beliau (Morales) di Bolivia kini sedang terancam,” kata Menteri Luar Mexico, Marcelo Ebrard pada satu sidang media.

Bagaimanapun, Ebrard enggan menjawab pertanyaan mengenai tarikh ketibaan Morales, 60, di Mexico. - AFP

Berita Harian X