Sabtu, 23 November 2019 | 12:00am
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump (kiri) dan Presiden China, Xi Jinping. - Getty Image

Jika tidak kerana saya, Hong Kong musnah dalam 14 minit - Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan beliau menyelamatkan Hong Kong daripada dimusnahkan dengan memujuk Presiden China, Xi Jinping supaya tidak menghantar tentera bagi mengatasi pergerakan pro demokrasi.

“Jika bukan kerana saya, Hong Kong musnah dalam 14 minit,” kata Trump dalam wawancara awal pagi dengan Fox News.

Beliau membuat kenyataan itu, ketika mempertimbangkan rang undang-undang diluluskan Kongres menyokong aktivis pro demokrasi atau tunduk kepada ancaman tidak balas Beijing, jika undang-undang terbabit diluluskan.

Ditanya sama ada beliau akan menggunakan kuasa veto menolak undang-undang itu yang disokong kuat Kongres, Rabu lalu, Trump cuba mengelak.

“Kita perlu bersama Hong Kong, namun saya juga bersama Presiden Xi. Beliau kawan saya dan seorang lelaki hebat.

“Saya mahu mereka menyelesaikannya. Kita perlu melihat mereka menyelesaikannya,” katanya. - AFP

Berita Harian X