Ahad, 1 Disember 2019 | 12:28pm
Pesawat jenis Pilatus PC-12. - Foto fail AFP
Pesawat jenis Pilatus PC-12. - Foto fail AFP

9 maut pesawat ringan terhempas di Dakota

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh, termasuk dua kanak dan tiga lagi cedera apabila sebuah pesawat terhempas di Dakota Selatan, ketika amaran ribut salji dikeluarkan, lapor media tempatan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, pesawat jenis Pilatus PC-12 yang membawa 12 penumpang, terhempas sejurus selepas berlepas kira-kira 1.6 kilometer dari Lapangan Terbang Chamberlain.

Menurut laporan NBC News yang memetik kenyataan pejabat peguam daerah Brule berkata, juruterbang pesawat malang itu antara yang terbunuh.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara menerusi laman Twitter berkata, mereka menyiasat punca kemalangan pesawat Pilatus PC-12 berhampiran Chamberlain, hari ini. - AFP

Berita Harian X