Selasa, 3 Disember 2019 | 8:58am
Gambar fail, bekas Presiden Jimmy Carter melambai tangan ketika keluar dari Capitol setelah menghadiri majlis perasmian Presiden Donald Trump di Washington pada 2017. - Foto REUTERS

Carter jalani rawatan jangkitan saluran kencing

WASHINGTON DC: Bekas Presiden Jimmy Carter dimasukkan ke hospital di Georgia pada cuti hujung minggu bagi mendapatkan rawatan jangkitan saluran kencing, kata Carter Center dalam kenyataan semalam.

“Beliau semakin baik dan tidak sabar untuk pulang,” kata kenyataan itu.

Carter, 95, bekas presiden paling lama hidup, keluar dari hospital lain minggu lalu selepas menjalani prosedur untuk melegakan otaknya daripada pendarahan disebabkan jatuh baru-baru ini. —Reuters

Berita Harian X