Khamis, 16 Januari 2020 | 7:24am
Gambar fail, Dewan Senat Amerika Syarikat sedang bersidang. - Foto REUTERS
Gambar fail, Dewan Senat Amerika Syarikat sedang bersidang. - Foto REUTERS

Speaker Dewan Perwakilan tandatangani artikel pertuduhan terhadap Trump

WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan menandatangani dua artikel pertuduhan terhadap Presiden Donald Trump dan menyerahkannya kepada Dewan Senat.

Trump menghadapi pertuduhan di Dewan Senat kerana didakwa menyalahguna kuasa dan menghalang tugas Kongres.

“Sungguh menyedihkan. Ia sesuatu yang sangat tragik kepada negara ini, ...tindakan seorang Presiden boleh menjejaskan keselamatan negara, melanggar sumpah jawatannya, menjejaskan keselamatan sistem pilihan raya kita sehingga keadaan ini (pertuduhan) terjadi,” katanya pada majlis menandatangani artikel pertuduhan berkenaan.

Nancy Pelosi selepas menandatangani artikel pertuduhan terhadap Trump. - AFP
Nancy Pelosi selepas menandatangani artikel pertuduhan terhadap Trump. - AFP

Majlis menandatangani diikuti dengan upacara membawa artikel pertuduhan itu dari bangunan Capitol ke bangunan Senat di sini.

Artikel pertuduhan dibawa dari bangunan Capitol ke Dewan Senat. - AFP
Artikel pertuduhan dibawa dari bangunan Capitol ke Dewan Senat. - AFP

Pertuduhan terhadap Trump di Senat dijangka berlangsung Selasa ini. - AFP

Berita Harian X