Jumaat, 27 March 2020 | 10:33am
Kes jangkitan COVID-19 terhadap bayi baru lahir daripada ibu yang positif virus itu jarang berlaku meskipun ia mempunyai kebarangkalian, kata saintis dari China. - Foto fail AFP
Kes jangkitan COVID-19 terhadap bayi baru lahir daripada ibu yang positif virus itu jarang berlaku meskipun ia mempunyai kebarangkalian, kata saintis dari China. - Foto fail AFP

COVID-19: Jangkitan ketika hamil jarang berlaku, namun ada kebarangkalian

WASHINGTON: Kes jangkitan COVID-19 terhadap bayi baru lahir daripada ibu yang positif virus itu jarang berlaku meskipun ia mempunyai kebarangkalian, kata saintis dari China.

Ini berikutan sekumpulan saintis sudah melakukan kajian ke atas 33 wanita hamil dari Wuhan di mana virus maut itu mula merebak, mendapati hanya tiga bayi dijangkiti dengan COVID-19 ketika dilahirkan iaitu dengan kadar sembilan peratus, sekali gus disifatkan peratusan sangat kecil.

Hasil kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) Pediatrik mendapati peratusan itu kecil berikutan saintis berkenaan melakukan pengawasan dan langkah pencegahan ketat bagi mengelakkan jangkitan ketika proses kelahiran, selain punca COVID-19 atau SARS-CoV-2 iaitu sistem respitatori terletak di bahagian atas.

Tiga bayi yang dijangkiti itu semuanya lelaki dan mereka dilahirkan secara pembedahan berikutan ibu mereka mempunyai masalah pneumonia berkaitan COVID-19.

Seorang daripadanya adalah bayi pramatang dikeluarkan pada usia kandungan 31 minggu berikutan mempunyai masalah janin dan pneumonia, selain turut mengalami sesak nafas dan sepsis, di mana ia ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan bantuan ventilator, antibiotik dan kafein. Bayi ini disahkan bebas COVID-19 pada usia tujuh hari.

Sementara itu, dua lagi bayi yang dilahirkan cukup bulan pula mengalami demam dan keadaan tidak bermaya juga ditempatkan di ICU, dengan disahkan negatif virus itu pada usia mereka enam hari, sekali gus menjadikan ketiga-tiga mereka negatif COVID-19.

Pakar China sebelum ini melaporkan bahawa jangkitan COVID-19 berikutan menjadi “pemindahan menegak’ daripada ibu hamil kepada bayi yang virus itu boleh dikesan selepas 30 jam kelahiran berlaku.

Pemindahan jangkitan itu mungkin berlaku pada seluruh plasenta atau semasa proses bersalin.

"Oleh itu, adalah penting untuk memantau rapi wanita hamil dan mengambil langkah kawalan jangkitan ketat, kuarantin terhadap ibu hamil dijangkiti dan pemantauan rapi bayi baru lahir,” katanya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X