Jumaat, 1 Mei 2020 | 10:14am
Menurut pakar virologi, Remdesivir termasuk dalam ubat anti viral yang menyerang virus secara langsung. - Foto Agensi
Menurut pakar virologi, Remdesivir termasuk dalam ubat anti viral yang menyerang virus secara langsung. - Foto Agensi

Remdesivir mampu rawat pesakit COVID-19 kritikal

WASHINGTON: Ubat antiviral Remdesivir dipercayai bukan sahaja dapat merawat pesakit COVID-19 yang mengalami simptom dalam jangka masa pendek, bahkan mampu memberi manfaat kepada mereka dalam fasa lebih kritikal.

Ketua Pegawai Perubatan Gilead, Merdad Parsey, berkata virus berkenaan lebih tertumpu kepada reaksi imun yang tidak normal dipangil 'cytokine storm' dan ia boleh mengakibatkan kecederaan pada paru-paru.

"Dengan cara mengehadkan replikasi virus, kita juga dapat mengurangkan keradangan sekali gus dapat mengelakkan lebih ramai lagi terdedah dengan masalah paru-paru," katanya.

Sementara itu, menurut pakar virologi dari Texas A&M University, Benjamin Neuman, berkata Remdesivir termasuk dalam ubat anti viral yang menyerang virus secara langsung.

Ia dipanggil 'nucleotide analog' yang mampu meniru adenosine, iaitu salah satu daripada empat blok dinding asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonucleic (RNA).

"Virus ini tidak begitu berhati-hati terhadap apa yang bergabung dengannya.

"Ia selalunya akan cuba bergerak pantas," katanya.

Semalam, saintis terkemuka di Amerika Syarikat (AS) turut memuji manfaat ubat berkenaan yang dikatakan terbukti berkesan untuk merawat COVID-19.

Walaupun Remdesivir belum disahkan khusus bagi merawat COVID-19, ia adalah ubat yang kali pertama menunjukkan kesan positif terhadap penyakit itu meragut lebih 200,000 nyawa di seluruh dunia dan menyebabkan lumpuhnya sektor ekonomi. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X