Sabtu, 9 Mei 2020 | 9:47am
ORANG ramai memakai topeng muka ketika ditemui di Guayaquil, Ecuador. - Foto AFP
ORANG ramai memakai topeng muka ketika ditemui di Guayaquil, Ecuador. - Foto AFP

COVID-19: Brazil rekod kematian harian tertinggi

SAO PAULO: Brazil, negara paling teruk terjejas gara-gara pandemik COVID-19 di Amerika Latin, merekodkan jumlah tertinggi harian dengan 751 kematian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di negara itu hampir 10,000 kes.

Setakat ini, lebih 145,000 kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di negara itu dengan tambahan 10,222 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.

Pakar menegaskan angka sebenar jauh lebih tinggi.

Sao Paulo yang memiliki penduduk 45.9 juta orang atau saiz bandar itu hampir sama dengan Sepanyol, menyumbangkan lebih 41,000 kes bagi kes jangkitan dan 3,416 kematian akibat COVID-19 di Brazil.

Bandar itu ialah hab industri terkemuka di Brazil. Susulan penularan COVID-19, pihak berkuasa menutup sekolah dan perniagaan kurang perlu pada 24 Mac lalu serta melanjutkan perintah duduk di rumah sehingga hujung Mei ini.

Penutupan sektor perniagaan mendapat kritikan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang mengatakan bahawa kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana langkah itu hanya merosakkan ekonomi negara. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X