Ahad, 10 Mei 2020 | 3:13pm
Pengarah Institut Penyakit Berjangkit dan Alergi Kebangsaan, Anthony Fauci. - Foto AFP
Pengarah Institut Penyakit Berjangkit dan Alergi Kebangsaan, Anthony Fauci. - Foto AFP

Fauci jalani kuarantin selepas terdedah kepada patogen COVID-19

WASHINGTON: Pakar penyakit berjangkit terkenal, Anthony Fauci adalah antara tiga anggota pasukan COVID-19 Rumah Putih yang akan menjalani kuarantin, susulan pendedahan terhadap patogen berbahaya itu, lapor media Amerika Syarikat (AS), Sabtu.

Setiausaha Akhbar Naib Presiden, Mike Pence diuji positif dengan COVID-19 pada Jumaat lalu, sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan pemimpin kanan.

Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), Robert Redfield serta Pesuruhjaya Makanan dan Perubatan (FDA) Stephen Hahn turut akan menjalani tempoh kuarantin.

Fauci bagaimanapun memberitahu, beliau akan menjalani kuarantin yang sudah diubah suai kerana tidak memiliki kontak rapat dengan pesakit COVID-19 itu.

Ketua penyakit berjangkit dj Institut Kesihatan Nasional itu akan bekerja dari rumah dan memakai topeng selama dua minggu.

Beliau juga akan menjalani ujian harian COVID-19 dan setakat ini disahkan negatif.

Menurut kenyataan CDC dan FDA, Redfield dan Hahn terpaksa dikuarantin selama dua minggu selepas terdedah kepada kontak COVID-19.

Identiti pesakit bagaimanapun tidak didedahkan. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X