Sabtu, 16 Mei 2020 | 7:17am
Menteri Kesihatan Brazil, Nelson Teich. - Foto AFP
Menteri Kesihatan Brazil, Nelson Teich. - Foto AFP

COVID-19: Menteri Kesihatan Brazil letak jawatan

BRASILIA: Menteri Kesihatan Brazil, Nelson Teich melepaskan jawatannya semalam, selepas kurang daripada sebulan bertugas sekali gus menambah kekacauan kepada kerajaan memandangkan negara itu kini menjadi tumpuan global pandemik COVID-19.

Teich yang tidak bersetuju dengan kepimpinan kanan, Presiden Jair Bolsonaro, sudah menyerahkan surat perletakkan jawatannya dan akan mengadakan sidang media.

Ini berikutan, Bolsonaro baru-baru ini mendesak supaya hydroxychloroquine digunakan secara meluas sebagai antara rawatan COVID-19, yang mana Teich menolaknya.

Mereka juga tidak bersetuju terhadap pembukaan ekonomi, iaitu pada minggu lalu menteri tidak mendapat sebarang rundingan sebelum Bolsonaro membenarkan gimnasium, salun kecantikan dan kedai rambut dibuka.

Teich adalah menteri kedua yang menggantikan Nelson Mandetta sebelum ini, yang turut melepaskan jawatannya ketika krisis COVID-19.

Cara Bolsonaro menangani pandemik ini dikritik secara global memandangkan beliau meminimumkan tahap kritikal penyakit ini dan mengarahkan penduduknya mengendahkan arahan kuarantin.

Brazil kini sudah melepasi Jerman dan Perancis dalam kes COVID-19 dengan lebih daripada 200,000 orang dijangkiti sehingga Khamis lalu, dengan laporan kementerian kesihatan bahawa 844 kematian baharu sekali gus meningkatkan jumlah kematian kepada 13,933.- AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X