Sabtu, 16 Mei 2020 | 10:42am

COVID-19 menjangkiti 38 kumpulan Orang Asli di Brazil

SAO PAULO: Pandemik COVID-19 yang menular ke atas 38 kumpulan orang asli di Brazil, menimbulkan ketakutan kepada penduduk negara itu yang dikaitkan dengan sejarah penyakit dari luar.

Persatuan Orang Asli Brazil (APIB), dalam kenyataannya hari ini, berkata virus itu menjangkiti penduduk pribumi di seluruh Brazil dengan kepantasan yang menakutkan.

Tinjauan APIB mendapati 446 kes COVID-19 dan 92 kematian dilaporkan dalam kalangan kumpulan yang terjejas, terutamanya di Amazon, Brazil.

Berita mengerikan itu muncul sehari selepas masyarakat pribumi Parque das Tribos, di luar bandar utara Manaus, mengadakan pengebumian ketuanya, Messias Kokama, yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Kokama, yang berusia 53 tahun, dikebumikan dalam keranda tertutup yang dibungkus plastik untuk mengelakkan penyebaran virus.

Brazil, negara Amerika Latin yang paling terkesan dengan wabak ini menyaksikan jumlah kematian yang meningkat.

Setakat ini, hampir 15,000 kematian dan 220,000 kes dilaporkan walaupun pakar mengatakan bahawa kemungkinan menerusi ujian ia 15 kali lebih tinggi daripada angka sebenar.

Pandemik ini juga membuka peluang bagi pembalak haram untuk menceroboh tanah Orang Asli, kata kumpulan hak asasi manusia Survival Kebangsaan.- AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X