Sabtu, 23 Mei 2020 | 4:39pm
Gambar fail pejabat Hertz di San Francisco Selatan, California, pada Ogos 2017. - FOTO AFP
Gambar fail pejabat Hertz di San Francisco Selatan, California, pada Ogos 2017. - FOTO AFP

COVID-19: Hertz fail muflis di AS, Kanada

WASHINGTON: Syarikat kereta sewa, Hertz yang terkesan teruk dengan pandemik COVID-19, telah memfailkan muflis di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

"Impak COVID-19 terhadap permintaan untuk perjalanan adalah secara tiba-tiba dan dramatik, menyebabkan penurunan mendadak pendapatan syarikat serta tempahan akan datang," kata Hertz ketika membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan, semalam.

Rantau operasi antarabangsa utama syarikat itu, termasuk Eropah, Australia dan New Zealand, bagaimanapun tidak termasuk dalam pemfailan berkenaan. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X