Ahad, 24 Mei 2020 | 5:00pm
Gambar fail pada 19 April lalu menunjukkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Naib Presiden, Mike Pence, melihat video sidang akhbar mengenai COVID-19 oleh Gabenor New York, Andrew Cuomo. - FOTO AFP

COVID-19: New York catat angka kematian harian terendah

WASHINGTON: Bilangan kematian akibat COVID-19 di New York menurun kepada 84 kes dalam tempoh 24 jam lalu, iaitu angka harian terendah sejak 24 Mac, kata Gabenor Andrew Cuomo, semalam.

"Ini adalah berita baik. Jumlah pesakit dimasukkan ke hospital, intubasi dan jangkitan baharu mencatatkan penurunan.

"Saya sentiasa ingin melihat angka kes COVID-19 menurun hingga kurang daripada 100 kes," katanya pada taklimat harian yang disiarkan melalui televisyen.

Beliau bersimpati dengan 84 pesakit berkenaan, namun menyifatkan angka terbaru itu sebagai perkembangan memberangsangkan.

Ketika pandemik itu memuncak di New York pada awal bulan lalu, pihak berkuasa melaporkan lebih 1,000 kematian sehari. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X