X
Selasa, 26 Mei 2020 | 9:13am
Presiden AS, Donald Trump bersama isteri, Melania Trump ketika tiba di Monumen Kebangsaan Fort McHenry sempena sambutan Hari Peringatan di Baltimore, Maryland. - Foto AFP
Presiden AS, Donald Trump bersama isteri, Melania Trump ketika tiba di Monumen Kebangsaan Fort McHenry sempena sambutan Hari Peringatan di Baltimore, Maryland. - Foto AFP

Trump berang dikritik bermain golf ketika AS berdepan pandemik COVID-19

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berang dengan liputan negatif pihak media berhubung tindakannya bermain golf pada hujung minggu Hari Peringatan, ketika angka kumulatif kematian akibat COVID-19 di negara itu mencecah 100,000 kes.

Trump menerusi ciapan di laman Twitternya, berkata "berita palsu dan korup membuatkannya (main golf) seolah-olah satu dosa!".

Beliau turut menambah permainan itu diadakan di padang golf miliknya di Virginia dan mendakwa ia adalah kali pertama beliau turun padang sejak awal Mac lalu.

Bagaimanapun, tindakannya itu menerima kritikan hebat daripada media terutama ketika negara itu menghampiri satu lagi angka tertinggi dalam kematian akibat COVID-19.

Sebelum ini, Trump pernah mengkritik bekas Presiden Barack Obama yang bermain golf pada 2014 ketika penularan penyakit Ebola.

"Ada masa untuk bermain dan ada masa untuk anda tidak bermain. Ini akan memberikan isyarat yang salah,"

"Sebagai presiden, anda perlu berhenti bermain untuk beberapa tahun dan memberikan fokus yang penuh pada tugas," katanya pada 2014.

Trump membidas kritikan yang diterimanya dengan menyatakan "media penuh dengan kebencian dan ketidakjujuran.

"Saya tahu ini akan berlaku!

"Namun apa yang tidak disampaikan adalah ini adalah permainan pertama saya selepas hampir tiga bulan dan sekiranya saya menunggu tiga tahun, mereka tetap akan membuat penulisan bagi mendapatkan 'hit' mereka," katanya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X