X
Selasa, 26 Mei 2020 | 10:16am
Roket SpaceX Falcon 9 dengan dua angkawasan dijangka berlepas di pad pelancaran 39A, Pusat Angkasa Kennedy di Florida. - Foto AFP
Roket SpaceX Falcon 9 dengan dua angkawasan dijangka berlepas di pad pelancaran 39A, Pusat Angkasa Kennedy di Florida. - Foto AFP

Cuaca buruk hambat misi pelancaran angkawasan SpaceX

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) dan SpaceX mengesahkan selain ancaman cuaca buruk, semua sistem kini sudah bersedia untuk pelancaran roket bersama dua angkasawannya.

Pelancaran yang dijadualkan esok di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah pelancaran krew Amerika Syarikat (AS) yang pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Menerusi ciapan Twitter, NASA berkata, pegawainya dan SpaceX sudah memberikan lampu hijau untuk pelancaran itu bagi misi membawa pulang penumpang pesawat angkasa kepada AS.

Menurut pegawainya, ujian kebakaran statik dan latihan pakaian penuh untuk angkasawan di ruang angkasa berjalan lancar pada Jumaat dan Sabtu lalu.

"Kini apa yang perlu dilakukan adalah mengetahui bagaimana untuk mengawal cuaca," kata Pengurus Program Krew Komersial NASA, Kathy Lueders, ketika taklimat di Pusat Angkasa Kennedy di Florida.

Kapsul itu akan dikendalikan oleh dua veteran pengembara angkasa, Robert Behnken, 49, dan Douglas Hurley, 53 tahun.

Roket SpaceX Falcon 9 dijangka dilancarkan pada jam 4:33 petang (2033 GMT), esok, di pad pelancaran 39A, yang membawa kapsul krew Dragon di atasnya.

Bagaimanapun, cuaca diramal tidak baik dengan kemungkinan 60 peratus cuaca buruk, menurut ramalan kaji cuaca Cape Canaveral.

Peluang untuk pelancaran seterusnya adalah pada Sabtu, 30 Mei. - AFP

Berita Harian X