X
Rabu, 27 Mei 2020 | 9:06am
Topeng dan alat pelindung dijual di sudut jalan semasa wabak global penyakit coronavirus (COVID-19), di Culver City, California, Amerika Syarikat.
Topeng dan alat pelindung dijual di sudut jalan semasa wabak global penyakit coronavirus (COVID-19), di Culver City, California, Amerika Syarikat.

COVID-19: Jumlah kematian di bawah 700 di AS, tiga hari berturut-turut

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencatat jumlah kematian akibat COVID-19 kurang daripada 700 untuk tempoh tiga hari berturut-turut, menurut Universiti Johns Hopkins, pada Selasa.

Sebanyak 657 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, kata institusi yang berpusat di Baltimore itu.

Angka kematian keseluruhannya kini adalah seramai 98,875, dengan jumlah kes jangkitan lebih daripada 1.68 juta.

Ini sekali gus ia mencatat jumlah kematian dan kes jangkitan tertinggi di dunia. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X