Jumaat, 29 Mei 2020 | 8:13am
 Pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi, dilaporkan terbunuh dalam serangan Pasukan khas AS Oktober lalu dan kini mereka menyasarkan Abu Bakr al-Gharib. - Foto AFP
Pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi, dilaporkan terbunuh dalam serangan Pasukan khas AS Oktober lalu dan kini mereka menyasarkan Abu Bakr al-Gharib. - Foto AFP

AS tawar AS$3 juta untuk tangkap penyebar propaganda Daesh

WASHINGTON: Amerika Syarikat menawarkan AS$3 juta (RM13 juta) bagi penangkapan pemimpin kanan Daesh yang sering dilihat dalam video pembunuhan kumpulan pengganas itu.

Jabatan Negara AS berkata ganjaran akan diberi kepada sesiapa yang mengemukakan maklumat mengenai lokasi dan seterusnya mengenal pasti Muhammad Khadir Musa Ramadan, yang turut dikenali sebagai Abu Bakr al-Gharib.

"Beliau memantau perancangan, koordinasi dan penghasilan beberapa video propaganda, penerbitan serta pentas dalam talian termasuk pembunuh beramai-ramai orang awam yang tidak bersalah.

"Pasukan khas AS pada Oktober lalu membunuh pemimpin kumpulan itu, Abu Bakr al-Baghdadi di Syria," menurut kenyataan Jabatan Negara AS.

Kumpulan pengganas itu juga sering memuat naik video memenggal kepala tawanan dan memperhambakan penduduk bukan Islam, dalam usaha merekrut pejuang baharu dari seluruh dunia. - AFP

Berita Harian X