Jumaat, 29 Mei 2020 | 10:42am
Pasukan polis mara dalam kepulan gas pemedih mata di St. Paul, Minnesota yang menyaksikan tunjuk perasaan berterusan sejak Isnin lalu bagi membantah kematian of George Floyd di tangan polis. - Foto AFP
Pasukan polis mara dalam kepulan gas pemedih mata di St. Paul, Minnesota yang menyaksikan tunjuk perasaan berterusan sejak Isnin lalu bagi membantah kematian of George Floyd di tangan polis. - Foto AFP

AS bersedia hadapi lebih banyak protes

MINNEAPOLIS: Pihak berkuasa Minneapolis dan St Paul meminta bantuan pasukan Pengawal Kebangsaan sebagai persiapan menghadapi tunjuk perasaan dan keganasan besar-besaran

Ia diadakan bagi memprotes kematian seorang lelaki kulit hitam, George Floyd, apabila seorang anggota polis meletakkan lutut pada leher mangsa ketika menahannya.

Tunjuk perasaan yang berlarutan sejak tragedi itu berlaku Isnin lalu turut menyaksikan

premis perniagaan dibakar dan dirompak di Minneapolis.

Ketua Polis St Paul, Todd Axtel, berkata pihak berkuasa sudah mengeluarkan arahan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang keganasan dan berjanji akan menyiasat punca kematian Floyd secara telus.

"Kami tahu ramai marah, ramai yang terkesan dan sedih, namun kita tidak akan bertolak ansur dengan individu yang menggunakan kesempatan ini untuk melakukan jenayah," katanya.

Ratusan orang mula berarak di Minneapolis, sementara di St Paul, polis melaporkan berlaku beberapa rompakan.

Atas permintaan kedua-dua bandar, Gabenor Minnesota, Tim Walz, meminta bantuan pasukan Pengawal Kebangsaan dan polis negeri bagi mengembalikan keamanan.

"Kematian Floyd seharusnya membawa kepada keadilan dan perubahan sistematik, bukan lebih banyak kematian serta kemusnahan," katanya.

Kekejaman dialami Floyd, yang dilihat merayu apabila anggota polis dilihat merebahkan badan mangsa ke jalan tar, dengan lutut salah seorang daripada mereka menekan tengkuknya, dirakam orang awam menggunakan telefon pintar.

Kemarahan orang awam bertambah dengan tersebarnya video menunjukkan Floyd merayu dilepaskan ketika dikasari pegawai polis terbabit dan jasadnya terkulai tanpa nyawa selepas lima minit, apabila polis mengarahkannya menaiki kereta peronda.

Tindakan itu disifatkan sebagai satu lagi kekejaman dan penindasan polis terhadap warga AS berketurunan Afrika.

Keluarga Floyd menuntut ketiga-tiga pegawai polis yang berada di tempat kejadian dipecat dan didakwa atas tuduhan membunuh. - AFP

Berita Harian X