Rabu, 3 Jun 2020 | 10:29am
Penunjuk perasaan di Washington melutut sebagai membantah insiden kematian lelaki kulit hitam, George Floyd, ketika ditahan polis Minneapolis minggu lalu. - Foto AFP
Penunjuk perasaan di Washington melutut sebagai membantah insiden kematian lelaki kulit hitam, George Floyd, ketika ditahan polis Minneapolis minggu lalu. - Foto AFP

Polis AS turut sama 'melutut' bersama penunjuk perasaan

WASHINGTON: Sekumpulan polis turut 'melutut' bersama ribuan penunjuk perasaan dalam rusuhan anti-perkauman paling meluas dan menggegarkan Amerika Syarikat (AS) dan Presidennya, Donald Trump.

Ketika Trump yang mengecam tindakan keras penunjuk perasaan menuntut keadilan terhadap insiden kematian lelaki kulit hitam, George Floyd dalam tahanan polis, pasukan polis dari New York, Los Angeles dan Houston, bersatu menunjukkan solidariti di depan kumpulan protes berkenaan.

"Saya menanggalkan topi keledar dan meletakkan cota (baton) di bawah. Di mana kamu semua mahu berjalan? Kami akan bersama anda sepanjang malam, kata Chris Swanson, polis beruniform putih di Flint, Michigan berteriak ke kumpulan perusuh semalam.

Selepas melakukannya, Swanson berjalan ke arah penunjuk perasaan dan sempat berswafoto dengan remaja berkulit berkulit hitam sambil menunjukkan ibu jari mengisyaratkan tanda bagus.

Di Des Moines, Iowa, Ketua Polis, Dana Wingert turut berlutut bersama pegawainya yang lain di hadapan kumpulan penunjuk perasan sambil menyatakan solidariti itu dilakukan sebagai simbolik, disifatkan apa yang mampu mereka lakukan.

Kumpulan penunjuk perasaan antiperkauman yang merebak ke seluruh AS, tindakan melutut pernah dilakukan bekas atlet terkenal, Colin Kaepernick semasa lagu kebangsaan dimainkan pada pra-permainan pada 2016, memprotes kekejaman polis terhadap orang kulit hitam dan minoriti lain.

Kaepernick yang disingkirkan daripada Kelab NFL akibat tindakan melutut dan memprotes, berikutan ia mengumpamakan penghinaan atlet kepada undang-undang konservatif termasuk Trump.

Kini, polis mengulangi apa dilakukan aktivis hak asas manusia itu.

Apa yang dirakamkan lensa kamera pada Isnin, Ketua Polis New York, Terence Monahan melutut sambil menjulang tinggi tangan seperti mengepalkan penumbuk memberi isyarat, pasukannya menyokong dan menyatakan kemarahan di atas kematian Floyd.

Berikutan itu, tindakan pihak berkuasa menyokong tunjuk perasaan bagi menyokong anti-perkauman turut sama dilihat di Florida, Illinois, Missouri, Georgia dan Washington.

Ahli politik terkemuka yang calon Presiden Demokrat, Joe Biden serta Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti turut sama melutut dengan barisan pegawai masing-masing sebagai tanda solidariti.

Rusuhan seluruh negara membantah kematian Floyd pada 25 Mei lalu menyaksikan polis bertindak menembak gas pemedih mata atau peluru getah ke arah penunjuk perasaan yang terbabit dalam rusuhan dan vandalisme pergolakan perkauman paling meluas melanda AS sejak beberapa dekad. -AFP

Berita Harian X