Jumaat, 5 Jun 2020 | 10:04am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: Lebih 1,000 kematian di AS sehari

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 1,021 kematian akibat COVID-19 dalam 24 jam, menurut Johns Hopkins University semalam.

Ini menjadikan jumlah kematian di negara itu 108,120, dengan lebih 1.87 juta kes COVID-19 yang disahkan, kata universiti yang berpangkalan di Baltimore itu.

Kira-kira 485,000 orang telah pulih dari virus itu.

AS setakat ini adalah negara yang paling teruk dilanda wabak itu, baik dalam jumlah kes, mahupun jumlah kematian.

Namun, jika dibandingkan dengan jumlah penduduknya, beberapa negara Eropah - termasuk Perancis, Itali dan Sepanyol - mempunyai kadar kematian perkapita yang jauh lebih tinggi daripada AS.

Namun, virus itu diramalkan akan menyebabkan kira-kira 127,000 kematian di AS menjelang 27 Jun, menurut penyelidik di University of Massachusetts, yang menggabungkan sembilan model epidemiologi untuk menghasilkan jumlah korban akhir.

Walaupun wabak itu menunjukkan tanda-tanda penurunan penularan di negara itu sejak memuncak pada pertengahan April, profesional kesihatan khuatir bahawa tunjuk perasaan di seluruh negara yang berterusan terhadap kekejaman dan rasisme polis akan menyemarak kebangkitan penularan dalam beberapa minggu akan datang. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X