Sabtu, 20 Jun 2020 | 12:13pm
 Orang ramai menyertai perarakan di Brooklyn untuk Black Lives Matter dan memperingati ulang tahun ‘Juneteenth’ iaitu berakhirnya sejarah perhambaan di AS sejak 1865 di New York pada Jumaat. - AFP
Orang ramai menyertai perarakan di Brooklyn untuk Black Lives Matter dan memperingati ulang tahun ‘Juneteenth’ iaitu berakhirnya sejarah perhambaan di AS sejak 1865 di New York pada Jumaat. - AFP

Rakyat AS sambut ulang tahun berakhirnya perhambaan

WASHINGTON: Rakyat Amerika Syarikat (AS) melakukan perarakan jalanan dan tunjuk perasaan di beberapa bandar raya pada Jumaat bagi menuntut keadilan membabitkan isu perkauman di negara itu.

Perhimpunan diadakan di Atlanta, Chicago, Los Angeles, New York dan Washington itu adalah susulan protes terhadap kes pembunuhan warga Amerika-Afrika berkulit hitam, George Floyd oleh pegawai polis kulit putih.

19 Jun adalah ulang tahun bagi memperingati berakhirnya sejarah perhambaan di AS sejak 1865.

Kebiasaannya sambutan berkenaan disambut dengan budaya berkumpul dengan ahli keluarga dan berdoa, bagaimanapun tahun ini ia berbeza dengan rakyat AS menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap ketidakadilan berkaitan isu perkauman di negara itu.

Dalam insiden protes di 'Brooklyn Bridge', dekat New York, pada Jumaat, penunjuk perasaan melaungkan nama Floyd dan seorang wanita yang turut meninggal dunia di tangan seorang pegawai polis beberapa tahun lalu.

Presiden AS, Donald Trump turut mengeluarkan kenyataan bagi memperingati peristiwa itu, selain turut mengancam penunjuk perasaan melalui Twitter.

Sejak kematian Floyd pada 25 Mei lalu, tunjuk perasaan 'Black Lives Matter' berlaku setiap hari di AS.

Sementara itu, calon pilihan raya presiden dari Parti Demokrat, Joe Biden, berkata AS mungkin akan melalui insiden keganasan dan ketidakadilan terburuk, tetapi dalam masa sama mempunyai kemampuan luar biasa sebagai sebuah negara yang dilahirkan semula dalam situasi yang berbeza. - AFP

Berita Harian X