Rabu, 1 Julai 2020 | 8:37am
LAHAD DATU 24 FEBRUARI 2019. Suspek disyaki pengedar dadah ditahan bersama 13 peket dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Silam, Lahad Datu. NSTP/IHSAN POLIS.
LAHAD DATU 24 FEBRUARI 2019. Suspek disyaki pengedar dadah ditahan bersama 13 peket dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Silam, Lahad Datu. NSTP/IHSAN POLIS.

Isytihar gencatan senjata hingga krisis COVID-19 selesai - UNSC

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mahu pengundian diadakan bagi meluluskan resolusi gencatan senjata sehingga krisis pandemik COVID-19 selesai.

Selepas rundingan selama beberapa bulan tidak berhasil, Perancis dan Tunisia hari ini meminta rakan dalam UNSC mengundi bagi meluluskan resolusi menggesa keganasan dihentikan dan menumpukan usaha terhadap memerangi virus itu.

Menurut sumber diplomatik, keputusan pengundian yang akan dilakukan secara maya di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, dijangka diketahui esok.

Usul itu berulang kali dibantah oleh China dan Amerika Syarikat (AS) yang tidak setuju dengan kandungan tertentu resolusi seumpamanya dibangkitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Malah, deraf resolusi yang menerima sokongan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, pada Mac lalu turut ditolak.

Dalam deraf resolusi terbaru yang diterima AFP, tiada rujukan dibuat kepada WHO, yang dikritik hebat oleh AS yang mendakwa agensi itu gagal mengendalikan krisis COVID-19.

Resolusi itu menuntut semua bentuk keganasan dalam apa juga keadaan dihentikan segera dan semua pihak menyokong usaha kepemimpinan PBB memerangi virus.

katanya, gencatan senjata selama 90 hari sudah cukup bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat dilancarkan secara selamat, tanpa halangan dan secara mampan ketika pandemik COVID-19.

Jika diterima, resolusi itu akan menjadi ketetapan pertama UNSC sejak wabak itu bermula dan tindakan bermakna dilakukan badan dunia itu.

Kegagalan UNSC melakukan sesuatu berhubung COVID-19 sejak lebih tiga bulan lalu dikritik hebat pelbagai pihak termasuk anggotanya sendiri yang mengakui malu kerana tidak dapat berbuat sesuatu.

Ketika rundingan UNSC, AS dan China selaku dua penyumbang dana terbesar PBB, menggertak akan menggunakan kuasa veto bagi menolak resolusi itu.

Khamis lalu, Gueterres mengalu-alukan sokongan hampir 180 negara dan 20 kumpulan bersenjata terhadap gesaan gencatan senjata beliau tetapi sedih kerana tiada langkah susulan yang tegas diambil. - AFP

Berita Harian X