Isnin, 6 Julai 2020 | 4:29pm
Sambutan Hari kemerdekaan AS dicemari tragedi tembakan di serata New York. - Foto AFP
Sambutan Hari kemerdekaan AS dicemari tragedi tembakan di serata New York. - Foto AFP

Puluhan ditembak di sekitar New York, sekurang-kurangnya 6 maut

NEW YORK: Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam beberapa kejadian tembakan di New York pada Sabtu lalu, ketika orang ramai menyambut Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS).

Menurut agensi berita Xinhua, jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD) berkata pihak berkuasa tempatan dan media melaporkan bahawa dari Jumaat hingga Ahad lalu, 51 orang ditembak dalam 34 kejadian berasingan di bandar itu.

Sementara itu, mengikut lapoiran NBC New York pada Ahad lalu, sekurang-kurangnya enam orang maut.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, New York kerap menyaksikan tragedi keganasan membabitkan senjata api.

Menurut statistik jenayah NYPD pada Mei, terdapat 100 kejadian tembakan (64 peratus) berbanding tempoh sama tahun lalu.

Minggu lalu, bandar raya itu melaporkan 63 kes, peningkatan 142 peratus berbanding minggu sama pada 2019, menurut NBC New York.

Beberapa pihak menyalahkan keputusan NYPD membubarkan unit anti jenayah pada pertengahan Jun lalu menjadi penyumbang kepada peningkatan kes, bagaimanapun Datuk Bandar, Bill de Blasio, menafikan perkara itu.

Presiden AS, Donald Trump, pada Ahad lalu mengarahkan Gabenor New York Andrew Cuomo dan Bill de Blasio mengambil tindakan sewajarnya.

"Kerajaan Persekutuan bersedia membantu, jika diminta!" tulis Trump di Twitternya.

– BERNAMA

Berita Harian X