Sabtu, 1 Ogos 2020 | 11:22am
Pengunjung taman awam di San Francisco, California berjemur menikmati cuaca baik dengan mematuhi penjarakan fizikal. - Foto AFP
Pengunjung taman awam di San Francisco, California berjemur menikmati cuaca baik dengan mematuhi penjarakan fizikal. - Foto AFP

1,442 maut akibat COVID-19 dalam 24 jam di AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat (ASD) mencatatkan 1,442 kematian baharu dalam tempoh 24 jam berakhir jam 8.30 pagi tadi.

Ini adalah hari keempat berturut-turut negara paling terjejas di dunia akibat virus itu mencatatkan kadar kematian harian melebihi 1,200 orang, menurut Johns Hopkins University.

Setakat ini, AS secara keseluruhan merekodkan 4,702,922 kes jangkitan termasuk 156,712 kematian manakala 2,322,902 pesakit disahkan sembuh.

Pada peringkat global, pandemik yang bermula di Wuhan, China akhir tahu lalu, setakat ini menjangkiti 17,731,998 mangsa, mengakibatkan 681,979 kematian manakala 11,146,498 disahkan sembuh.

Wabak itu kini sudah merebak ke 213 negara di serata dunia dan dilaporkan meningkat dengan ketara sejak kebelakangan ini. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X