Ahad, 2 Ogos 2020 | 10:23am
Gambar hiasan
Gambar hiasan

COVID-19: AS catat 61,262 kes baharu

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 61,262 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, mengikut perkiraan Johns Hopkins University.

Ini adalah kali kelima berturut-turut dengan lebih 60,000 jangkitan direkodkan mengikut laporan universiti berkenaan yang berpusat di Baltimore.

Jumlah kematian dilaporkan sepanjang tempoh 24 jam adalah 1,051 orang.

Berdasarkan laporan di AS lebih daripada 4.6 juta kes dengan 154,319 kematian direkodkan, setakat ini sekali gus ia menjadikan ia negara yang paling teruk dilanda di dunia akibat COVID-19.

Semalam, California 179 kematian lagi dilaporkan di situ dengan jumlah keseluruhan 6,843 korban akibat COVID-19 direkodkan.- AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X