Selasa, 14 November 2017 | 7:29am

Tentera Myanmar cuba lindungi diri

YANGON: Kumpulan hak asasi menganggap langkah tentera Myanmar menyangkal tuduhan bertindak kejam terhadap orang awam Rohingya sebagai cubaan mengaburi siasatan berhubung kempen penghapusan etnik ke atas etnik minoriti Islam itu.

Kenyataan itu dikeluarkan menjelang lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson, yang dijangka mendesak tindakan tegas diambil terhadap pihak tentera susulan layanan ke atas etnik Rohingya.

Lebih 600,000 etnik Rohingya sudah menyeberangi kawasan sempadan menuju ke Bangladesh sejak dua bulan lalu.

Sekatan yang dilaksanakan Myanmar tidak menghalang wartawan dan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpul bukti hasil temu bual dengan pelarian Rohingya di Bangladesh.

Sebahagian besar pelarian mendakwa anggota tentera dan sami Buddha melakukan pembunuhan, merogol dan membakar kawasan perkampungan mereka. - AFP

1981 dibaca
Berita Harian X