Isnin, 7 Mei 2018 | 9:53pm

13 maut di Kemboja akibat keracunan

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya 13 maut dan hampir 150 lain dirawat di hospital di tengah Kemboja selepas minum cecair tercemar, kata pihak berkuasa hari ini, menyalahkan samsu atau air tercemar.

Kematian bermula 3 Mei lalu, di dua perkampungan di daerah miskin luar bandar, Chet Borey dalam wilayah Kratie.

"Sehingga hari ini (Isnin), 13 orang meninggal dunia. Punca insiden belum diketahui, kami sedang menyiasat," kata Pengarah Kesihatan Wilayah, Chheang Savutha.

Kementerian Kesihatan berkata, sampel daripada arak beras tempatan menemui paras tinggi metanol, yang boleh menjadi amat toksik.

Namun pihak berkuasa juga menunggu keputusan ujian daripada air minuman.

Kementerian juga memberi amaran kepada penduduk kampung supaya berhenti minum samsu serta menjaga kebersihan makanan dan air. -AFP

Berita Harian X