Rabu, 16 Mei 2018 | 3:53pm
PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PM Singapura jumpa Tun M, Sabtu ini

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu ini.

Menurut pejabatnya, pertemuan itu akan diadakan di Malaysia.

Mahathir pernah memegang jawatan itu dari 1981 hingga 2003.

Minggu lalu, Pakatan Harapan pimpinannya berjaya menewaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO, yang memerintah Malaysia selama lebih enam dekad. - Reuters

3046 dibaca
Berita Harian X