Jumaat, 17 Ogos 2018 | 4:41pm
Pekerja penyelamat berkumpul di dekat pesawat Xiamen Air Boeing 737-800 setelah tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Paranaque, Manila. - Foto REUTERS

Pesawat Xiamen Air tergelincir di Manila

MANILA: Sebuah pesawat Xiamen Air yang membawa 165 penumpang tergelincir dari landasan lapangan terbang di sini, menjelang tengah malam semalam, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Difahamkan ketika kejadian, Boeing 737-800 dari Xiamen, China itu tergelincir ketika cuba mendarat dalam hujan lebat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA), kata pegawainya, Connie Bungag.

“Kami masih menyiasat bagaimana ia boleh berlaku.” katanya

“Semua 157 penumpang dan lapan anak kapal berjaya dipindahkan tanpa sebarang kecederaan, menurut Xiamen Air,” kata Boeing dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian itu, landasan antarabangsa NAIA akan ditutup sehingga jam 12 tengah malam (waktu tempatan) hari ini, demikian menurut kenyataan berasingan dari pihak berkuasa lapangan terbang. - Reuters

Berita Harian X