Isnin, 3 September 2018 | 11:51pm
LI Shengwu
LI Shengwu

Mahkamah benar anak saudara PM Singapura buat rayuan

SINGAPURA: Mahkamah Rayuan, hari ini memberi lampu hijau kepada Li Shengwu mengemukakan rayuan terhadap keputusan terdahulu yang membenarkan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk memberi notis perbicaraan di luar Singapura berhubung kes menghina mahkamah.

Anak saudara Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong itu dituduh AGC kerana menyuarakan dalam Facebook, Julai lalu apabila menyifatkan kerajaan Singapura sebagai 'suka menyaman' manakala mahkamah negara itu 'mudah dipengaruhi'.

Pertikaian itu berkisar kepada perdebatan mengenai masa depan rumah keluarga mereka di 38, Jalan Oxley yang menjadi milik adik beradik mendiang bekas perdana menteri, Lee Kuan Yew.

Menurut laporan Channel News Asia, Mahkamah Tinggi pada Mac lalu menolak permohonan Shengwu untuk mengetepikan perintah mahkamah yang membenarkan AGC meneruskan dokumen terbabit.

Shengwu yang kini tinggal di Amerika Syarikat, memohon rayuan keputusan Mahkamah Tinggi dan dibenarkan, hari ini oleh Ketua Hakim Sundaresh Menon bersama Hakim Rayuan, Prakash dan Steven Chong.

Rayuan akan didengar pada tarikh akan ditetapkan, tetapi Ketua Hakim, Menon berkata ia akan dipercepatkan. - Channel New Asia

Berita Harian X