Ahad, 30 September 2018 | 6:40pm
SUASANA di kawasan gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu, Sulawesi, Indonesia. - NSTP
SUASANA di kawasan gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu, Sulawesi, Indonesia. - NSTP

Rakyat Malaysia antara lima warga asing hilang

PALU: Lima orang asing termasuk seorang warga Malaysia adalah antara mangsa tsunami di Sulawesi yang masih hilang, lapor agensi berita Reuters dan portal Jakarta Post, hari ini.

Jurucakap Agensi Bantuan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, warga asing lain yang hilang ialah tiga rakyat Perancis dan seorang dari Korea Selatan.

Agensi itu sebelum ini menyatakan bahawa ia percaya 71 warga asing berada di Sulawesi ketika tsunami melanda.

Pengarah Program The Children, Tom Howells memberitahu AFP bahawa masalah utama menyekat usaha bantuan ialah kesukaran sampai dengan segera di lokasi bencana.

"Agensi bantuan dan pihak berkuasa tempatan bertungkus lumus untuk menghantar bantuan kepada penduduk di sekitar Donggala, lokasi paling teruk dan paling ramai korban kerana tsunami," kata Howells.

Puluhan mayat boleh dilihat di ruang belakang sebuah hospital di Palu.

MAYAT diletakkan di pekarangan hoispital di Palu. - Foto AFP

SUASANA di kawasan gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu, Sulawesi, Indonesia. - NSTP

SUASANA di kawasan gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu, Sulawesi, Indonesia. - NSTP

Sementara itu, seorang penduduk, Baharuddin, 52, memberitahu agensi berita: "Saya ada seorang anak lelaki dan dia hilang.

"Kali terakhir saya bercakap dengannya ialah pada pagi hari dia pergi ke sekolah." - AGENSI

Berita Harian X