Ahad, 30 September 2018 | 7:32pm
PENYELAMAT Indonesia mengusung mangsa yang selamat dari bawah bangunan restoran runtuh di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia. - Foto EPA

Terpaksa kebumi mayat segera, elak wabak

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia akan mula mengebumikan mayat mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, pulau Sulawesi segera, hari ini, dalam percubaan terdesak untuk mengelak situasi lebih buruk.

“Kami akan memulakan pengebumian besar-besaran mangsa untuk mengelak penyebaran penyakit,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPD) Indoensia, Sutopo Purwo Nugroho.

Timbunan mayat yang banyak mudah menyebarkan penyakit taun dan kolera.

Pihak berkuasa berkata, mereka akan mengambil cap jari dan gambar digital mangsa untuk teknologi pengecaman wajah kemudian.

Perkembangan itu amat menyedihkan terutama bagi ahli keluarga atau rakan yang mahu mengucapkan selamat tinggal kali terakhir atau melakukan pengebumian sempurna. - AFP

Berita Harian X