Ahad, 4 November 2018 | 10:23pm
KAWASAN penempatan Rohingya di Thang Khali, Bangladesh. - Foto fail
KAWASAN penempatan Rohingya di Thang Khali, Bangladesh. - Foto fail

Remaja Rohingya cedera dalam tembakan rentas sempadan

COX’S BAZAR: Seorang budak lelaki pelarian Rohingya ditembak dan cedera di sempadan Bangladesh-Myanmar ketika beberapa tembakan dilepaskan dari pos pengawal sempadan Myanmar, kata seorang pegawai hari ini.

Nurul Islam, 15, sedang memerhatikan lembu memagut rumput apabila 17 tembakan dilepaskan dari pos keselamatan Rymongkhali, Myanmar, kata jurucakap Pengawal Sempadan Bangaldesh (BGB), Mejar Iqbal Ahmed.

“Islam bernasib baik kerana peluru hanya mencalarkan lengannya,” katanya menambah budak lelaki itu tinggal di kem pelarian Balukhali, daerah tenggara bandar ini.

Katanya, BGB akan menghantar surat bantahan kepada rakan sejawatannya di Myanmar, kata Polis Pengawal Sempadan berkaitan insiden itu.

Seorang pegawai Bangladesh tempatan berkata, insiden itu mungkin bertujuan melewatkan kepulangan semula pelarian Rohingya, dijangka bermula minggu depan.

“Jika tidak, mengapa mereka melepaskan tembakan ke arah Bangladesh? Ia bagi mewujudkan tekanan ke atas pelarian dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” kata pegawai yang enggan dikenali.

Minggu lalu, pegawai Bangladesh dan Myanmar berkata, kira-kira 2,000 pelarian Rohingya akan kembali ke tanah air di barat Myanmar di Rakhine sebagai sebahagian perjanjian kepulangan semula. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X