Khamis, 7 Februari 2019 | 7:39pm
KEBANYAKAN kanak-kanak mengalami penyakit berjangkit di Filipina. - Foto EPA

25 maut akibat demam campak di Filipina

MANILA: Penularan wabak demam campak di Filipina sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang pada hujung bulan lepas, kata pegawai hari ini.

Kebanyakan yang meninggal dunia adalah kanak-kanak dan angka itu dijangka meningkat tatkala banyak kes disahkan penyakit berjangkit.

Data daripada pihak berkuasa kesihatan kebangsaan menunjukkan kes meningkat dari 791 kes pada tahun 2017 kepada 5,120 kes pada hujung tahun lepas.

Bulan Januari saja, terdapat 1,813 kes yang disahkan berpunca daripada wabak itu.

Angka paling terkini menunjukkan demam campak itu sudah mengorbankan 30 orang dalam tempoh lapan bulan hujung tahun lepas dan lima orang pada tahun sebelumnya.

Pihak berkuasa berkata, kadar suntikan vaksin menurun di Filipina selama beberapa tahun ditambah dengan kontroversi baru-baru ini mengenai keselamatan pengambilan vaksin denggi, Dengvaxia.

“Pengambilan suntikan vaksin campak dilaporkan merosot sejak lima tahun lepas,.

“Tambahan pula, isu vaksin Dengvaxia sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang menjadi menyumbang isu ini,” kata setiausaha rendah kesihatan, Eric Domingo yang memberitahu sidang media hari ini. -AFP.

Berita Harian X