Jumaat, 22 March 2019 | 9:18pm
SETIAUSAHA Pertanian Filipina, Emmanuel Pinol. - Foto Philippine Star

Filipina hentikan sementara import minyak sawit Indonesia, Malaysia

MANILA: Jabatan Pertanian Filipina hari ini memohon pemberhentian sementara import minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia.

Tindakan itu dibuat berlandaskan alasan penanam kelapa dan kelapa sawit tempatan terjejas akibat 'harga terlalu rendah' berikutan dakwaan 'lambakan' minyak sawit oleh dua negara berkenaan.

Setiausaha Pertanian Filipina, Emmanuel Pinol, dalam paparan Facebook beliau, berkata ini kerana import minyak sawit dari Indonesia dan Malaysia meningkat 900 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu, namun beliau tidak memaklumkan tempoh pemberhentian import itu.

Jabatan Pertanian Filipina turut meminta Jabatan Tenaga dan Lembaga Bio-Fuel Kebangsaan negara itu supaya menaikkan komponen minyak kelapa dalam bio diesel kepada lima peratus berbanding dua peratus sekarang. - REUTERS

Berita Harian X