Sabtu, 30 March 2019 | 10:04pm
BEKAS Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilucutkan anugerah khas diraja oleh Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn.

Raja Thailand lucut anugerah khas diraja terhadap Thaksin

BANGKOK: Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn melucutkan anugerah khas diraja yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri disingkir Thaksin Shinawatra, menurut dokumen yang disiarkan hari ini.

Arahan Raja Vajiralongkorn dibuat kurang seminggu selepas pilihan raya yang dipertikaikan di mana parti politik pro Thaksin dikatakan cuba membentuk ‘ barisan demokratik’ terhadap parti yang mahu mengekalkan pemimpin semasa insiden rampasan kuasa tentera 2014.

Dokumen diraja yang diwartakan itu berkata, tindakan Raja Vajiralongkorn berdasarkan hukuman kesalahan terhadap Thaksin semasa kes rasuahnya pada 2018 dan melarikan diri dari negara itu yang dianggap sebagai ‘sikap sangat tidak wajar’.

Semalam, Raja Vajiralongkorn turut membuat kenyataan tidak dijangka dan berlapik menjelang malam pilihan raya pada 24 Mac lalu dengan mengimbau kembali komen dibuat mendiang ayahnya mengenai keperluan meletakkan ‘ orang baik’ untuk berkuasa berbanding meletakkan ‘ orang jahat’ yang akan mewujudkan kekacauan. -Reuters.

Berita Harian X