Khamis, 26 September 2019 | 9:40pm
Penunjuk perasaan (kiri) membaling batu ke arah bangunan di Kendari. - Foto AFP

Pelajar maut dalam rusuhan bantah undang-undang baharu Indonesia

KENDARI: Seorang pelajar maut semasa ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya di seluruh negara bagi membantah undang-undang baharu termasuk kanun keseksaan jenayah dan rasuah.

Pihak berkuasa berkata, mangsa berusia 21 tahun dikejarkan ke hospital akibat cedera di dada dan disahkan meninggal dunia di hospital, di sini.

Tetapi polis menafikan mereka terbabit dalam insiden itu, walaupun warganet mendakwa pelajar kejuruteraan itu ditembak.

“Terdapat pelajar yang cedera dikalangan orang ramai itu. Dia dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang berusaha menyelamatkannya.

“Dia cedera di dada kanan, namun saya tidak boleh mengesahkan jenis kecederaannya.

“Lagipun, tiada anggota kami membawa peluru hidup...ataupun peluru getah” kata jurucakap polis wilayah tenggara, Harry Golden Hart memberitahu Metro TV.

Tunjuk perasaan dicetuskan apabila orang ramai membantah rang undang-undang membabitkan puluhan perubahan undang-undang termasuk memperuntukkan hukuman kesalahan zina dan menghalang penjualan pil pencegah kehamilan dan menghina presiden. - AFP

Berita Harian X