Jumaat, 27 September 2019 | 9:43pm
Polis Indonesia melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan di hadapan bangunan Parlimen di Makassar, Sulawesi Selatan. Foto AFP
Polis Indonesia melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan di hadapan bangunan Parlimen di Makassar, Sulawesi Selatan. Foto AFP

Jokowi arah siasat punca kematian pelajar

KENDARI: Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi hari ini, mengarahkan satu siasatan dijalankan, selepas seorang lagi pelajar maut akibat kecederaan yang dialaminya, ketika menyertai demonstrasi, semalam.

Menurut pengarah hospital tempatan, pelajar jurusan kejuruteraan berusia 19 tahun itu dilaporkan maut akibat kecederaan pada bahagian kepala, ketika rusuhan berlaku di bandar Kendari, di pulau Sulawesi.

Namun, punca sebenar kematian pelajar terbabit masih belum diketahui.

Hari ini, polis mengesahkan mangsa pertama di Kendari, maut akibat ditembak, tetapi menyangkal bahawa anggotanya dilengkapi dengan peluru hidup.

Jokowi mengeluarkan arahan itu, ketika beliau bakal memulakan tugas bagi penggal kedua pentadbiran sebagai presiden.

“Sejak dari awal, saya sudah mengarahkan ketua polis dan kakitangannya supaya tidak bertindak berlebihan,” kata presiden berusia 58 tahun itu, hari ini. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X